Balai Malaysia Newcastle (BMN) merupakan sebuah badan sukarela yang diamanahkan dan bertanggungjawab keatas kebajikan semua warga balai warganegara Malaysia yang menetap di Newcastle Upon Tyne, United Kingdom.
BMN menghimpunkan semua warganegara Malaysia yang berada di bumi Newcastle dimana majoritinya terdiri daripada pelajar universiti, profesional dan intelektual, sama ada sebagai perantau budiman, menuntut ilmu, bekerja dan sebagainya untuk bersatu mengeratkan silaturahim sebagai sebuah masyarakat minoriti yang efektif dan bertanggungjawab kepada Agama, Bangsa dan Negara. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti keilmuan dan pengajian, kebajikan sosial dan sukan, pengurusan Sekolah Balai Newcastle (SBN) bagi anak-anak warga balai selain dari membantu warganegara Malaysia yang baru tiba untuk menyesuaikan diri di Newcastle.
Maklumat lanjut sila layari http://www.balainewcastle.org